Friday, 13 April 2012

written by Lee Haezy

First and Last





Jung Il Woo = Park Hyun Ki




Han Hye Rin = Shin Rae Yoo




Lee Minho = Kim Junhae





Shin Rae Yoo merupakan pelajar terbaik pada peperiksaan pertengahan tahun. Secara automatik Shin Rae Yoo di pindahkan kelas pertama. Salah sorang daripada pelajar kelas pertama telah di pindah ke kelas kedua. Park Hyun Ki merupakan anak kepada pengetua sekolah tersebut. Ibu kepada Park Hyun Ki menarik semua kemewahan Hyun Ki. Hyun Ki tidak puas hati dengan perbuatan ibunya itu.

Hyun Ki terlihat pengetua sekolah tersebut bercakap dengan Shin Rae Yoo. Hati Hyun Ki menjadi sakit apabila melihat pengetua seperti sedang memuji Rae Yoo. “Jangan fikir ko tu bagus sangat” Hyun Ki bermonolog.

Keesokan harinya, semasa waktu rehat Rae Yoo yang sedang berselera makan tiba-tiba datang  seorang pelajar lelaki menyiram kepala Rae Yoo dengan air susu basi. “Ni baru permulaan” kata pelajar itu. Rae Yoo tunduk malu kerana pelajar lain sedang mentertawakan die. Rae Yoo dengan perlahan bangun lalu pergi ke tandas. Rae Yoo membersihkan kotoran.
Rae Yoo merupakan anak yatim. Dia terpaksa menyara hidupnya sendiri. Selepas waktu persekolah Rae Yoo akan berkerja sebagai kuli sebuah restorant. Rae Yoo terpaksa membayar hutang selepas bapanya dibunuh oleh Ah long.
Rae Yoo pergi kesekolah hanya dengan berjalan kaki. Sejauh 5km setiap hari. Semasa dalam perjalanan ke sekolah Sekumpulan samseng mengepung Rae Yoo “ Ada apa?” tanye Rae Yoo. “Mane duit?” seorang lelaki menyekak kolar baju Rae Yoo. “ Takde” jawab Rae Yoo. Lelaki itu menampar Rae Yoo. “ Aku bagi mase 2 bulan lagi.Tepat 18 Februauri duit mesti ade.Klu tkde siap ko.Faham!!” tegas lelaki itu lalu pergi.
Bibir Rae Yoo berdarah selepas di tampar oleh orang suruhan Ah Long. Semasa di kelas Rae Yoo menutup mulutnya dengan sapu tangan. “ Angkat sapu tangan tu” kata Junhae. Rae Yoo hanya memandang Junhae yang merupakan rakan baiknya. “Angkatlah aku cakap!!” tengking Junhae dan cube menarik sapu tangan RaeYoo. Rae Yoo dengan pantas beredar dari situ. “Aishh berdarah lagi.Ni mesti sebab Junhae tadi” rungut Rae Yoo ketika berjalan pulang.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Junhae menunggu Rae Yoo di dalam kelas. “Cepat sampai” tegur Rae Yoo membuatkan Junhae tersedar dari lamunannya. Junhae menghulur krim sapu untuk luka dibibir Rae Yoo. “ Wae?” tanye Rae Yoo sambil membelek-belek krim itu. Junhae menarik tangan Rae Yoo sehingga Rae Yoo terduduk dikerusinya. “Dah diam sini aku sapu” Junhae dengan berhati-hati nyapu krim di bibir Rae Yoo.  “ Thanks Junhae” kata Rae Yoo. Junhae hanya menganggukkn kepalanya.
**Ketika waktu rehat Rae Yoo dipanggil menghadap pengetua. Hyun Ki semakin sakit hati kerana maknya selalu berjumpa dengan musuh utamanya Rae Yoo. Setelah berjumpa dengan pengetua Rae Yoo berjalan menuju ke kelas. Semasa menaiki tangga Rae Yoo di tahan oleh Hyun Ki. Hyun Ki menolak Rae Yoo ke dinding. “Ko ni memang tak tahu malu ke? Dahlah anak yatim. Pastu tergedik-gedik dengan mak orang lain pulak.Ko ni memang perempuan murahankn? Hoi ko ni tak layak berdiri sebelah pengetua tahu?” hina Hyun Ki. Rae Yoo hanya mendiamkn diri dan berlalu dari situ. Air matanya hampir mengalir keluar tp ditahan. Rae Yoo kembali kelas dengan lemparkan senyuman palsu. Semasa waktu pulang, Rae Yoo melepasi saje pagar sekolah,dia dibaling dengan telur. Semua pelajar ketawa melihat Rae Yoo. Rae Yoo dengan tabah mengatakan “Baling lagi!! Baling!!”. Junhae hanya dapat memerhati dari jauh kerana dia di halang oleh Sekyung teman wanitanya. Hyun Ki tersenyum melihat Rae Yoo.
Selepas kejadian itu Rae Yoo tidak hadir selama 2 hari. Di kabarkan Rae Yoo demam panas.

Hyun Ki mula merancang beberapa rancangan untuk mengenakan Rae Yoo. Rae Yoo sudah pulih dari demamnya datang sekolah. Pagi itu semua pelajar diminta berkumpul. Satu syarikat akan mengadakan satu audition untuk mencari bakat baru. Audition itu akan di adakan pada 18 Februari. Rae Yoo trsenyum dengan berita itu.  “Ni mase aku nk tunjuk bakat aku” kata Rae Yoo bermonolog. Rae Yoo tersenyum.
Sedang sibuk dengan audition pengetua sekolah sering memerhatikan Rae Yoo. Rae Yoo tekun untuk menunjuk bakatnya. Rae Yoo pandai menulis lagu dan bermain piano. Sedang Rae Yoo tekun membuat lagu Hyun Ki datang lalu mengoyakkan kertas lagu Rae Yoo. Saat itu Rae Yoo bertindak melawan Hyun Ki. Rae Yoo cuba menampar Hyun Ki tetapi tenaga perempuan tidak boleh melawan tenaga lelaki. Hyun Ki menahan tangan Rae Yoo dengan kuat sehingga meninggalkn tanda merah. Ketika itu Junhae masuk dan Hyun Ki keluar dengan segera. Rae Yoo hanya tersenyum.
Hyun Ki semakin hari semakin kerap berbuat jahat pada Rae Yoo. Hari demi hari berlalu hanya tinggal seminggu sebelum audition. Sehari sebelum audition. Hyun Ki pagi-pagi lagi telah datang kesekolah. Habis loker Rae Yoo di conteng dengan maker. Rae Yoo hanya mampu bersabar. Semasa masuk kelas Rae Yoo membuka pintu lalu semangkuk tepung yang di campur dengan air jauh betul-betul atas kepala Rae Yoo. Rae Yoo masih mampu tersenyum. Rae Yoo pergi ke tandas untuk membersihkan baju nya. Ketika tu sebijik telur di baling di kepala Rae Yoo. Lalu berturut-turut telur di baling pada Rae Yoo. Saat itu menitis air mata Rae Yoo. “ Baling!! Baling!! Aku akan ingat semua ni” Rae Yoo berjalan kearah Junhae “ Ko pon same. Ko hanya berpura-pura baik dengan aku”. Junhae hanya senyum sinis. Saat itu satu tamparan sampai di pipi Junhae. “Ni balasan untuk orang yang tak sedar diri macam ko” kata Hyun Ki sambil memandang Rae Yoo. “Buatlah ape yang suke.Lepasi takde sape ko nk buli.Dan pulangkan ini kat mak ko.Aku tk perlu bantuan dari die.” kata-kata sayu Rae Yoo membuat Hyun Ki terdiam. Rae Yoo berjalan sambil melempar sehelai sampul surat di muka Hyun Ki.Hyun Ki membuka sampul surat yang berisi wang sebanyak 30 ribu. Hyun Ki pergi memcari Rae Yoo.
Setelah membersihkan kotoran pada baju Rae Yoo masuk ke kelas. Air matanya masih mengalir. Akhirnya Rae Yoo tertido. Hyun Ki berjalan masuk ke kelas Rae Yoo. Hyun Ki melihat Rae Yoo sedang tido. Hyun Ki membatalkan niatnya untuk bertemu Rae Yoo.Tetapi hati Hyun Ki rase tidak sedap hati lalu di mendekati Rae Yoo. Hyun Ki duduk di sebelah Rae Yoo sambil mengangkat rambut Rae Yoo yang menutupi muka.  Hyun Ki melihat ade kesan luka pada pipi Rae Yoo. Hyun Ki menampal plaster di bahagian yang luka. Hyun Ki merenung Rae Yoo yang sedang tido. Hati Hyun Ki berasa sayu semasa merenung wajah Rae Yoo. Rase bersalah timbul di hati Hyun Ki. Hyun Ki membelai rambut Rae Yoo yang masih ade kotoran akibat di baling dengan telur. “ Kenapa aku kejam pada ko sedangkan ko tak bersalah. Aku rase tenang bile dengan ko. Sikit rase marah tak timbul dalam diri aku.Ko terlalu baik untuk di lukai. Aku sebenarnya sayang pada ko. Disebabkan ego dan cemburu aku, ko jadi mangsa.Maaf kan aku.” Hyun Ki bermonolog dalam hatinya. Hyun Ki keluar dari kelas dengan berat hati.
***Semua pelajar telah pulang hanya tinggal Rae Yoo yang masih berada di atas bangunan sekolah selepas die terjaga dari tido. Selepas menjawab satu panggilan Rae Yoo dengan pantas turun kebawah bangunan sekolah. Ketika menuruni tangga  Rae Yoo terlanggar  Hyun Ki yang sedang menaiki tangga.Semasa pelanggaran itu berlaku Rae Yoo tidak perasaan yang hanfonenye terjatuh dari poket bajunye.Hyun Ki mengambil fone tersebut dan membawa keatas bangunan kerana Rae Yoo sudah jatuh. Semasa berada di atas bangunan Hyun Ki membuka fone tersebut.Ketika membuka handfone tersebut Hyun Ki terkejut melihat wajahnya menjadi wallpaper handfone tersebut.Sedang leka membelek fone sambil mendengar lagu  Hyun Ki terlanggar something tp die tk mengendahkan. Setelah habis menyelidik fone tersebut Hyun Ki turun kebawah. Semasa di bawah Hyun Ki pelik melihat darah yang banyak dan serpihan pasu bertaburan. Hyun Ki rase tidak sedap hati kerana ketika die memandang darah itu wajah Rae Yoo muncul dalam fikiranya.
Balik saja di rumah ibu Hyun Ki sudah bersiap untuk keluar. “Mak nk pergi mane?.tergesa-gesa ini.” Tanye Hyun Ki. “Rae Yoo di ICU die cedera” jelas Mak Hyun Ki. “Saya ikut!!” Hyun Ki dengan segera mengikut maknya. Semasa di hospital Hyun Ki melihat Rae Yoo hanya dari luar. Hyun Ki tidak mahu masuk kerana disebabkan die Rae Yoo cedera. Semasa dibangunan Hyun Ki telah tertolak sebuah pasu lalu terkena Rae Yoo yang ketika itu berada di bawah. Nasib Rae Yoo baik kerana pasu itu hanya terkena bahunya. Malam itu Hyun Ki sentiasa berada di sini Rae Yoo. Semasa Hyun Ki sedang menjaga Rae Yoo tiba-tiba fone Rae Yoo ade mesej. Hyun Ki membaca mesej tersebut “ Besok harinya” unknown number. Hyun Ki membiarkan mesej tersebut. Hyun Ki sentiasa memohon maaf kepada Rae Yoo “Shin Rae Yoo maafkan saya. Maaf kan saya” semasa Hyun Ki memohon maaf air mata Rae Yoo mengalir. Ketika itu Rae Yoo sedar. Hyun Ki tersenyum melihat Rae Yoo. Rae Yoo membelai pipi Hyun Ki. “ Kenapa duduk sini. Baliklah. Kesian awak mesti letihkan” kata Rae  Kenapa duduk sini. Baliklah. Kesian awak mesti letihkan” kata Rae Yoo. “Letih saya tk setanding letih awak masa saya buli awak. Saya mahu berada disisi awak sekarang.” Hyun Ki merebahkan kepalanya di sebelah Rae Yoo. Akhirnya Hyun Ki tertido disisi Rae Yoo.
***Keesokan harinya. Hari yang di tunggu-tunggu sudah tiba. Semua pelajar gementar untuk audition. Hyun Ki terpaksa meninggalkan Rae Yoo kerana maknya menyeruh dia pergi ke audition. Sebelum keluar Hyun Ki sempat  membisikkan sesuatu di telinga Rae Yoo “ Shin Rae Yoo Saranghae. Saya akan datang sini balik”. Hyun Ki mencium dahi Rae Yoo yang masih tidur sebelum beredar dari situ.
Semua pelajar mula memenuhi Dewan sekolah. Hyun Ki duduk di barisan paling depan bersama Junhae. Sebelum perserta terakhir membuat persembahan Hyun Ki mendapat mesej dari no yg tidak di kenali “ Awak jaga diri.Lupekan saya.Saya dah dh lama maafkan awak.Buang ego tu jauh-jauh”. Hyun Ki pelik.. Peserta terakhir ialah Shin Rae Yoo. Tetapi Rae Yoo tiada di situ. Tiba-tiba satu layar putih dipasang diatas pentas. Satu video di mainkan. Gadis dalam video itu ialah Shin Rae Yoo..
Shin Rae Yoo “ Hai Saya Shin Rae Yoo. Pelajar Kelas Pertama. Rakan ibarat permata untuk saya. Permata yang sangat bernilai. Walau buruk rupenye sekali pon tetapi dia masih bernilai. Saya akan menyampaikan lagu Heaven by Ailee” Rae Yoo menyanyi sambil bermain piano. Semasa menyanyi air mata Rae Yoo mengalir. Semasa persembahan itu Hyun Ki dpt panggilan telefon dari no yang menghntr mesej pada nye .
Rae Yoo : Park Hyun Ki ni saya Shin Rae Yoo
Hyun Ki : Ya!! Shin Rae Yoo
Ah Long : Hyun Ki ni kekasih awak?
Hyun Ki : Sape ko?
Rae Yoo : Hyun Ki-ah (sebak) awak pasti tgh tgk video sayakn
Hyun Ki : Rae Yoo awak kat mane sekarang?
Rae Yoo : Dengar baik-baik awak mesti lupakan saya..First and last SARANGHAE HYUN KI.....
Hyun Ki : Shin Rae Yoo!! Awak kt mane?
Rae Yoo : Saya mintak maaf.. Saranghae.
“BANG” satu tembakan kuat kedengaran melalui telefon Hyun Ki “Shin Rae Yoo!!!!” Hyun Ki menjerit menyebab seluruh dewan termasuk Junhae memandang kearahnya.Beberapa minit kemudian pihak hospital menelefon Hyun Ki dan memberitahu Rae Yoo telah di bawa keluar oleh sekumpulan lelaki.Pihak hospital telah membuat aduan polis. Sekali lagi telefon Hyun Ki berbunyi “Ya!! Mane Rae Yoo” tengking Hyun Ki. “Dia masih hidup buat mase ni.Tadi just main2 je. Aku bagi ko mase 30 minit untuk bawak duit bernilai 30 ribu kt gudang kilang Seoul” talian di matikan. Hyun Ki bergegas pergi ketempat tersebut. Semasa di gudang Hyun Ki mencari Rae Yoo . Hyun Ki memasuki satu bilik yang kelihatan mencurigakan. Hyun Ki dengan berhati-hati membuka pintu bilik itu.Bilik itu gelap dan menyeramkan. Menitis air mata Hyun Ki apabila melihat Rae Yoo sudah terbaring dengan tangan diikat dan tidak bermaya lagi. Muka Rae Yoo dipenuh dengan darah dan lebam. Hyun Ki membuka ikatan di tangan Rae Yoo dan memangku Rae Yoo dengan berhati-hati lalu membersihkan luka di muka Rae Yoo. Rae Yoo membuka matanya dengan perlahan-lahan. “Hyun Ki kenapa awak datang sini” kata Rae Yoo dengan perlahan. “Sebab saya sayang..” tak sempat Hyun Ki mengabiskan ayatnya sekumpulan samseng diketui oleh Ah Long masuk ke bilik itu. Hyun Ki meletak Rae Yoo di bawah dengan berhati-hati. “ Lepaskan dia!!!” marah Hyun Ki. “Duit ade aku lepas kn die” kata Ah Long.        “ Klu tkde duit” Hyun Ki mendekati Ah Long. Ah Long dengan pantas mengacukan pistol kearah Hyun Ki. Hyun Ki bergerak kebelakang. Hyun Ki cube untuk melawan tetapi malangnye tembakan telah dilepaskan.
***30 minit kemudian Pihak polis berjaya menahan Ah long dan kuncu-kuncunya.
Hyun Ki melihat video Rae Yoo semasa persembahan terakhirnya. Diakhir lagu itu Rae Yoo ade mengucapkan sesuatu “ This my first and last performence”.Ketike itu Hyun Ki terbayang bunyi tembakan yang terkena tepat pada Rae Yoo. Tembakan itu sepatutnya terkene Hyun Ki tapi di halang oleh Rae Yoo. Semasa terkene tembakan Rae Yoo sempat senyum sebelum rebah di lantai. Hyun Ki menghayati video Rae Yoo. Senyuman Rae Yoo masih bermain di minda Hyun Ki. Setiap hujung minggu Hyun Ki akan pergi berjumpa Rae Yoo. Tiap kali itu Hyun Ki akan meminta maaf kepada Rae Yoo. Rae Yoo sudah memaafkan Hyun Ki sebelum die pergi buat selamanya.


                                         ~ THE END~




No comments:

Post a Comment